KUALA LUMPUR: Berbaki lebih kurang seminggu sahaja lagi umat Islam akan menyambut Aidilfitri dan sudah pastinya kaum ibu antara yang paling sibuk dalam menyiapkan segala kelengkapan.
Antara perkara yang paling menjadi perhatian kaum ibu mahupun golongan wanita setiap kali tibanya lebaran adalah warna tema baju raya dan gaya yang akan ditampilkan di pagi Syawal.
Berdasarkan pemerhatian, gaya klasik kontemporari dan minimalis menjadi pilihan ramai untuk menyambut bulan kemenangan itu.
Bercakap kepada Bernama, pereka fesyen terkenal Hatta Dolmat berkata gaya itu menjadi pilihan kerana ia bukan sahaja relevan sepanjang Aidilfitri, tetapi juga selepas Syawal.
"Berdasarkan pemerhatian saya, kebanyakan tahun ini memilih gaya minimalis dan klasik kontemporari mungkin kerana keadaan cuaca juga (panas), ramai yang tidak mahu serabut (akibat panas) serta memilih sesuatu yang selesa.
"Ramai juga yang lebih gemar potongan longgar agar tampak lebih selesa selain baju cetak," katanya yang turut menyarankan orang ramai agar memilih material bersesuaian dengan keadaan cuaca semasa seperti kain kapas dan satin krep supaya dapat dipakai dengan selesa.
Penerima Anugerah 'Malaysia 1st Fashion Designer with the Sustainable Collection' oleh Malaysia Book of Records (MBOR) itu juga menasihati orang ramai supaya tidak terlalu mengikut trend warna kerana bukan semua orang bersesuaian dengan sesuatu warna berkenaan.
"Apa yang lebih penting, jika mahu mengikut trend perlu cuba dahulu (pakaian) warna itu dan tengok ia bersesuaian atau tidak dengan kulit kita," katanya.
Sementara itu, pensyarah kanan Jabatan Fesyen, Kolej Pengajian Seni Kreatif Univerisiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam Faizal Hamid turut bersetuju gaya potongan klasik selain interpretasi kontemporari inspirasi daripada busana tradisional terus menjadi pilihan tahun ini.
"Pemilihan gaya klasik suntikan elemen kontemporari ini sememangnya menjadi pilihan sejak dahulu hingga kini setiap kali masyarakat menyambut serta meraikan lebaran. Ini adalah sebahagian daripada budaya di negara ini," katanya.
Ditanya mengenai warna yang mendapat sambutan tahun ini, Faizal berkata kini tiada lagi pilihan warna yang terlalu mengikut aliran sebaliknya pilihan variasi warna rekaan baju raya yang terdapat di pasaran adalah cukup pelbagai.
"Pembeli bebas untuk memilih warna yang paling disukai dan yang paling menyerlah serta menarik pada pandangan mereka. Semuanya adalah untuk kepuasan diri sendiri agar lebih berkeyakinan ketika menyambut lebaran nanti," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Apr 01 2024
Gaya klasik kontemporari dan minimalis menjadi pilihan ramai untuk menyambut Aidilfitri tahun ini. - Gambar/ Hatta Dolmat
Jangan talkinkan TRW - Annuar Musa
Bekas Presiden Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa, mengenangkan nasib yang menimpa bola sepak Kelantan, baru-baru ini.
Tukang gunting rambut tidak mengaku salah lakukan rompakan bersenjata
Seorang tukang gunting rambut mengaku tidak bersalah atas tuduhan melakukan rompakan bersenjata berkumpulan terhadap seorang lelaki.
Dua ditahan disyaki terlibat sindiket edar dadah bernilai RM33.65 juta
KUALA LUMPUR 28 Mei (Bernama) -- Polis menahan dua lelaki warga tempatan yang dipercayai terlibat dalam sindiket pengedaran serbuk dadah jenis MDMA (Methylenedioxymethamphetamine) dianggarkan bernilai
AWANI Ringkas: Projek rintis DRT
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Tiga fasa Strategi Semikonduktor Nasional, tarik berbilion pelaburan - PM
Kerajaan berhasrat menarik sekurang-kurangnya RM500 bilion pelaburan menerusi Strategi Semikonduktor Nasional Malaysia, yang diterajui oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI).
[TERKINI] Ucaptama Perdana Menteri sempena Ekspo Semicon Asia Tenggara
Peniaga wanita mengaku miliki 102 alat mainan seks
Seorang peniaga wanita mengaku bersalah atas pertuduhan memiliki 102 unit peralatan permainan seks.
VEP di sempadan Malaysia-Singapura dikuat kuasa sepenuhnya 1 Okt - Loke
Peraturan Permit Kemasukan Kenderaan (VEP) asing di sempadan darat Malaysia-Singapura dikuatkuasakan sepenuhnya mulai 1 Okt ini bagi memastikan pemilik kenderaan asing mematuhi peraturan jalan raya, k
Model Perodua, Toyota di Malaysia patuhi piawaian keselamatan - Loke
Perkara itu disahkan berdasarkan semakan serta penelitian JPJ ke atas setiap data dan keputusan pengujian semula ke atas enam model Perodua serta tiga model Toyota.
Nahas helikopter TLDM: Laporan penuh didedahkan minggu depan - Khaled Nordin
Laporan penuh nahas dua helikopter TLDM yang mengorbankan 10 pegawai dan anggotanya pada 23 April lepas akan didedahkan selewat-lewatnya minggu depan, kata Menteri Pertahanan Mohamed Khaled Nordin.
Karya kartunis Bendi atas sampul duit raya
Selepas hampir 30 tahun berkarya, kartunis Bendi atau nama sebenarnya Muhammad Najib Mohd Rudin buat pertama kalinya pada tahun ini mengabadikan karya di atas sampul duit raya.
Tol percuma sempena Aidilfitri 8, 9 April - Alexander
Pengguna lebuh raya membabitkan kenderaan persendirian (Kelas 1) diberi kemudahan tol percuma selama dua hari iaitu 8 dan 9 April bersempena dengan sambutan Aidilfitri tahun ini.